Categories
SELANGOR

FOMCA: Kawal bekalan air, tingkat kapasiti pengeluaran

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 29 JUL: Perjanjian Tambahan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Selangor dilihat sebagai satu pencapaian yang baik dalam memenuhi keperluan rakyat.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kebanyakan rakyat bimbang wujudkan krisis air di selangor yang berterusan tanpa keputusan muktamad jika persetujuan itu tidak dapat dicapai.

FOMCA“Apa yang diharapkan rakyat melalui perjanjian tambahan itu adalah kerajaan dapat memberi perhatian lebih berkenaan bagaimana meningkatkan kapasiti terutama air rawatan.

“Apabila tiba musim kemarau, kita menghadapi masalah kekurangan bekalan air di empangan yang agak kritikal.

“Kerana bekalan air di selangor juga menyumbang kepada bekalan air di Kuala Lumpur dan Putrajaya, jadi jika krisis ini berterusan mungkin beri kesan seperti catuan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Mohd Yusof berkata, ia juga memberi kesan kepada masalah ekonomi dan kerja pembangunan yang akan tergendala akibat bekalan tidak mencukupi.

“Yang penting adalah pertingkatkan loji rawatan sedia ada supaya ia mempunyai kapasiti mencukupi bagi memastikan masalah catuan air tidak akan berulang seperti tahun lalu.

Lawatan YB Empangan Sg. Sel_3“Rakyat juga mengharapkan kedua belah pihak dapat mencari langkah bagaimana memastikan bekalan air di Selangor akan terus terkawal melalui persetujuan itu,” katanya.

Selain itu, Mohd Yusuf berkata, kerjasama yang bakal terjalin itu perlu terus wujud walaupun mempunyai perbezaan pendapat politik.

“Melalui kerjasama Kerajaan Negeri dan Persekutuan, pelbagai isu dapat diselesaikan tidak kira air, pembangunan dan yang lain demi kepentingan rakyat,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published.