Categories
SELANGOR

Hantar sumbangan bantu pelarian Chechnya

Oleh: AFIX REDZUAN

WARSAW, 6 JUL: Hari ketiga perjalanan Misi Bantuan Kebajikan Pelarian Chechnya diteruskan dengan mengunjungi Pusat Islam Bodycha.

Menempatkan 13 orang pelajar, Pusat Islam ini menempatkan pelajar yang terdiri daripada bangsa Chechnya.

POLANDMereka mendalami Islam melalui penghayatan bacaan Al-Quran dan tazkirah dengan bimbingan seorang guru.

Pusat Islam ini beroperasi tiga kali seminggu dari jam 11 pagi hingga 5 petang dan dipecahkan kepada tiga kumpulan.

13 orang ini merupakan anak tempatan yang terpilih bagi mengikuti pengajian di sini.

Sejurus usai menghabiskan masa bersama pelajar Pusat Islam, deligasi berpeluang melawat dua buah masjid, Ośrodek Kultury Muzułmańskiej dan Muzułmańskiej Gminy Wyznaniowej yang terletak di bandar Warsaw.

IMG_0536aAktiviti delegasi diteruskan dengan membeli belah barangan keperluan harian di pasaraya besar Makro yang diserahkan kepada keluarga pelarian Chechnya.

Delegasi Muslim Care Malaysia turut menyampaikan sumbangan berbentuk barang keperluan kepada lapan keluarga sejurus selesai iftar bersama mereka.

Sumbangan diserahkan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Dr Daroyah Alwi.

Delegasi Muslim Care meneruskan Misi Bantuan Kemanusiaan Pelarian Chechnya hari keempat dengan meninjau secara lebih dekat kehidupan mereka di kem pelarian.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.