Categories
NASIONAL

Harga RON 95 patut 29 sen lebih murah

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 31 JUL: Harga petrol RON 95 sepatutnya 29 sen lebih murah jika nilai ringgit tidak merudum ekoran sentimen terhadap ekonomi negara.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata nilai ringgit berbanding dolar AS pada Ogos ialah RM3.212 dan jatuh menjadi RM3.766 pada 1 Julai lalu.

minyak-naikKatanya, jika kadar matawang kekal seperti 1 Ogos 2014, harga RON 95 mengikut formula kerajaan sepatutnya hanya RM1.86 seliter berbanding RM2.15 seliter ketika ini berdasarkan harga minyak mentah yang sama di pasaran.

“Tanpa perubahan harga minyak mentah, kejatuhan nilai ringgit dari RM3.212 pada 1 Ogos 2014 kepada RM3.766 pada 1 Julai 2015 menyebabkan rakyat terpaksa membayar RON 95 pada harga RM2.15 seliter sedangkan harga sebenar hanyalah RM1.86 seliter,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Rafizi yang juga Naib Presiden PKR mencadangkan Kerajaan Persekutuan menyiarkan jadual pengiraan digunakan menetapkan harga setiap awal bulan seperti dilakukannya untuk memastikan tiada cukai tersembunyi dikutip daripada rakyat

Katanya, Kerajaan Persekutuan perlu memperkenalkan kembali subsidi sebanyak 30 sen setiap liter yang perlu ditanggung untuk mengembalikan harga minyak RON 95, diesel dan RON 97 kepada harga sebenar mengikut harga pasaran iaitu RM1.85 seliter (bagi RON 95).

“Ini penting mengimbangi kesan kejatuhan nilai ringgit yang kini menjadi bebanan utama kepada rakyat,” katanya.

Harga baru minyak di negara ini dijangka diumum kerajaan malam ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.