Categories
KENYATAAN MEDIA

Jaga keharmonian kaum elak provokasi

Oleh: Nurul Izzah Anwar

Kehadiran kami selaku solidariti melawan usaha mengaitkan insiden selama dua hari kebelakangan ini dgn sentimen perkauman.

Kami mengecam usaha mana-mana pihak untuk menyalahgunakan insiden dengan meniup api perkauman – termasuklah dengan provokasi dan informasi palsu yang disebar menerusi laman sosial.

11141193_10153422058692418_2366954551513546527_nSKMM harus mengambil tindakan tegas yang mengutamakan keharmonian kaum dan keamanan sedia ada.

Kami juga, di samping mendesak pihak PDRM mengambil tindakan tegas pasca siasatan profesional dan menyeluruh ; juga mahukan pihak KPDNKK – Kementerian perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan untuk secara tegas memantau dan mengambil tindakan apabila wujudnya kepincangan soal urus niaga.

Akhir kata, kami mengajak semua pihak membantu meleraikan sebarang keheningan suasana.

*Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai

Leave a Reply

Your email address will not be published.