Categories
SELANGOR

Jom Shopping Raya Paya Jaras catat peserta OKU teramai

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 6 JUL: Program Jom Shoping Raya peringkat DUN Paya Jaras mencatatkan jumlah penyertaan golongan orang kelainan upaya (OKU) tertinggi apabila 80 daripada 600 pesertanya merupakan golongan istimewa itu.

Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, jumlah itu merupakan penyertaan tertinggi golongan itu sejak program Jom Shopping diperkenalkan pada 2011.

jom shoping beramai-ramai“Golongan ini memang sentiasa dekat di hati kita. Sebelum ini pun kita tak lupakan golongan ini dengan melibatkan mereka dalam pelbagai program termasuk Jom Shoping,” kata Mohd Khairuddin dalam program Jom Shopping di Econsave Sungai Buloh di sini.

Jelas beliau lagi, langkah ini sejajar dengan dasar Kerajaan Negeri yang berusaha mengagihkan hasil negeri kepada semua golongan khususnya golongan yang memerlukan perhatian khusus.

“Kali ini Program Jom Shopping Raya Paya Jaras juga tertinggi iaitu 600 orang sehingga kita putuskan buat dua hari, Sabtu dan Ahad nak elakkan kesesakan dalam Econsave dan memang kita berusaha supaya lebih ramai dapat berkongsi hasil Kerajaan Negeri,” kata Mohd Khairuddin lagi.

Sementara itu, Penyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sungai Buloh, Sapura Arshat berkata, langkah diambil Pejabat Adun Paya Jaras itu merupakan tindakan wajar dicontohi pemimpin lain.

“Saya sebagai Penyelia PDK Sungai Buloh rasa amat bertuah apabila Adun Paya Jaras menjemput pelatih kami seramai 80 orang menerima sumbangan Jom Shopping kali ini dan ini bukanlah kali pertama.

“Syukur kita dapat meraikan golongan OKU dan keluarga merekai. Saya percaya bantuan ini dapat membantu keluarga mereka untuk membuat persediaan menyambut hari raya nanti,” kata Sapura.

Sementara itu, Kerani Swasta, Zamanhuri Mohd Noor, 34, bapa kepada Mohd Adam Zariff Zamanhuri yang mengidap Cerebral palsy berkata sumbangan ini membantu beliau membuat persiapan hari raya untuk anaknya itu.

“Alhamdullilah syukur dapat bantuan. Ini rezeki anak. Terima kasih Yang Berhormat, walaupun RM100 tetapi sungguh bermakna dan banyak membantu untuk hari raya ini. Sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk beli baju raya Adam,” kata beliau.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.