Categories
SELANGOR

Kepercayaan meningkat, 11,300 pelajar mendaftar di UNISEL

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 8 JUL: Keyakinan golongan pelajar memilih Universiti Selangor (UNISEL) untuk melanjutkan pelajaran meningkat apabila seramai 11,300 pelajar termasuk pelajar antarabangsa mendaftar di institusi itu.

Presiden UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, jumlah itu jauh mengatasi IPTS lain yang kebanyakkan hanya mempunyai beberapa ratus pelajar sahaja pada suatu masa.

Unisel-GrafikJelas beliau, antara faktor mendorong pertambahan pelajar itu termasuk peluang mendapat pekerjaan lebih cerah dan kualiti pengajar disebabkan garis panduan ketat pengambilan tenaga kerja UNISEL.

“Pelajar mendaftar sekarang 11,300 kalau mana-mana universiti pun kalau dia ada 11,300 pelajar memang dia dah buat untung banyak dah, berjuta dia buat untung.

“Jarang Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) ada sampai 11,300 pelajar. Kebanyakkan 300 atau 400 sahaja dan saya boleh namakan IPTS terkenal tetapi bila kita pergi, pelajar dia cuma 500 orang sahaja tetapi kita ada 11,300,” kata Dr Anuar dalam sidang media di UNISEL di sini, semalam.

Katanya, dari segi kemampuan mendapat kerja, pelajar UNISEL antara tertinggi mendapatkan pekerjaan selepas tamat belajar.

“Antaranya kerana pensyarah kita ramai profesor, ada ramai memiliki kelulusan Ph.D dan minimum mesti memiliki Master bukan seperti IPTS lain,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.