Categories
SELANGOR

Kerajaan Selangor hulur sumbangan kepada pelarian Chechnya

AFIX REDZUAN

LININ, 7 JUL: Hujan renyai yang turun seolah-olah mengerti kekecewaan Delegasi Kerajaan Selangor dan Muslim Care Malaysia yang tidak dibenarkan masuk ke Kem Pelarian Chechnya bagi menyerahkan sumbangan barang keperluan secara dekat kepada mereka.

Namun hasrat tersebut masih dapat diteruskan di pejabat pengurusan Kem Linin apabila 100 bungkusan berbentuk barang keperluan diserahkan sendiri Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Daroyah Alwi kepada pelarian.

11698555_10204594214315683_2006260507123361539_nMenurutnya, walaupun tidak berjaya masuk ke dalam kem pelarian secara lebih dekat tetapi hasrat untuk menyalurkan bantuan terus kepada pelarian-pelarian ini tetap diteruskan.

Daroyah berkata, setelah perbincangan berlangsung hampir 30 minit antara wakil delegasi bersama pihak berkuasa, akhirnya mereka bersetuju dengan mengarahkan wakil setiap keluarga untuk hadir ke pejabat menerima bantuan.

“Riak wajah ceria jelas terpancar di wajah mereka sejurus menerima bantuan keperluan harian meskipun berhadapan kekangan bahasa komunikasi,” katanya kepada Selangor Kini.

Penduduk Chechnya kebiasaannya fasih berbahasa Poland namun ada di antara mereka yang boleh bertutur sedikit dalam bahasa arab dan inggeris.

Orang luar atau pelancong biasanya akan menggunakan bahasa isyarat untuk berurusan jika gagal memahami bahasa masing-masing.

Berdasarkan tinjauan daripada luar pejabat pengurusan, pelarian Chechnya dilindungi kerajaan di bawah UNHCR ditempatkan di dalam blok rumah pangsa.

Difahamkan lebih 200 keluarga tinggal di kawasan berkenaan dan hampir 15 orang menghuni sesebuah rumah.

Penyerahan sumbangan turut disaksikan Setiausaha Agung Muslim Care, Zakaria Abd Latif.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.