Categories
NASIONAL

Kerjasama PKR terbuka asalkan BN tumbang

Oleh: HAFIZAN TAIB

TANAH MERAH, 31 JUL: PKR berpendirian terbuka dalam membentuk kerjasama dengan pelbagai pihak ke arah menumbangkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang mengkhianati amanah rakyat.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti terbabit mengalu-alukan kesediaan parti politik, NGO dan pihak lain yang mendokong wadah perjuangan sama untuk bersama-sama berganding dalam gabungan itu.

PAKATAN RAKYAT“Kita terbuka untuk bersama rakyat dan semua pihak lain yang mempunyai pendirian sama dalam perkara ini.

“Kita bersama menentang kezaliman, rasuah, salahguna kuasa yang menjadi amalan BN selama ini,” katanya dalam sidang media selepas majlis Jelajah Amanat Presiden di sini, hari ini.

Beliau berkata, PKR juga akan mengadakan perbincangan dengan pimpinan tertinggi PAS berhubung perkara berkaitan dalam masa terdekat.

“Kita bertanya dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din (mengenai kenyataan dibuat),” katanya.

Difahamkan Haron membuat kenyataan bahawa kerjasama antara PAS dan PKR berakhir sekiranya parti itu menjalin kerjasama dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) dipimpin pimpinan progresif PAS yang tewas dalam muktamar parti baru-baru ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.