Categories
SELANGOR

MB: Selangor terima penghormatan PM Britain

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 31 JUL: Selangor muncul sebagai satu-satunya negeri di Malaysia yang menerima penghormatan daripada Perdana Menteri Britain, David Cameron sempena lawatannya ke ibu negara, semalam.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata David juga secara peribadi memohon untuk mengadakan pertemuan bersama beliau lewat petang semalam.

Azmin UKKatanya ia adalah satu penghormatan buat negeri itu di sebalik suasana politik dan ekonomi yang kurang selesa di Malaysia sejak kebelakangan ini.

“Saya bagi pihak rakyat Malaysia menyatakan dengan tegas kepada kerajaan Britain sebagai sebuah negeri maju, kita harus memastikan pengurusan kewangan dan pentadbiran ekonomi mestilah bertanggungjawab, telus serta berwibawa.

“Ia bagi memastikan ekonomi sesebuah negara dapat dilaksanakan dengan baik demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat,” katanya pada Majlis Perasmian Halal Fest di Masjid Negeri, malam tadi.

Mohamed Azmin berkata pertemuan itu disifatkan positif dalam menyatakan pendirian untuk memastikan Selangor terus maju dan mendapat pelaburan bersih.

“Seperti dijanjikan Perdana Menteri Britain, negara itu tidak membenarkan sama sekali wang kotor berada dalam negara,” katanya.

Sementara itu, portal Malaysiakini melaporkan Cameron turut menyatakan kebimbangan terhadap keadaan bekas ketua pembangkang yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.