Categories
SELANGOR

MBSA hargai kerjasama erat peranan media

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 5 JUL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meraikan media sempena Ramadan dalam usaha menghargai usaha pihak berkenaan memberikan liputan aktivitinya.

Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, seramai 60 media diraikan dalam majlis berbuka puasa di Dewan Banquet di sini semalam.

MBSATurut diadakan ialah majlis sumbangan kepada anak yatim Pertubuhan Pengurusan Rumah Safiyyah, Seksyen U10 dan pelajar tahfiz Maahad Tahfiz An-Nabawi (MATAN), Seksyen 8.

“Kita mahu memperkasa dan mengukuhkan hubungan silaturrahim antara media dengan MBSA.

“Kita turut melaksanakan sumbangan Ramadan kepada rumah anak yatim Pertubuhan Perumahan Rumah Safiyyah bernilai RM2,000.

“Anak-anak yatim diberikan sumbangan RM50 setiap seorang,’ katanya.

Majlis disempurnakan Datuk Bandar Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad dan dihadiri ahli-ahli majlis MBSA.

Seramai 39 warga kerja MBSA seperti ibu atau bapa tunggal, keluarga mempunyai anak melebihi lima orang atau Orang Kelainan Upaya (OKU) turut menerima sumbangan menerusi Tabung Majikan Prihatin MBSA bernilai RM300 setiap penerima.

“Diharap ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan terutama bagi menyambut Aidil Fitri tidak lama lagi,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.