Categories
SELANGOR

MPSJ sedia kaunter bergerak bayar cukai

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 13 JUL: Warga Subang Jaya kini berpeluang membuat semakan dan bayaran cukai taksiran menerusi kaunter bergerak.

Pegawai Komunikasi Korporat Majlis Perbandaraan Subang Jaya (MPSJ), perkhidmatan lain turut disediakan iaitu daftar keahlian my@mpsj, urusan pindah milik dan semak serta bayar kompaun trafik MPSJ.

mpsj“Semoga orang awam dapat memanfaatkan peluang yang disediakan dengan sebaik mungkin,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 25 dan 26 Julai serta 1 dan 2 Ogos ini, kaunter bergerak MPSJ akan berada di Pusat Membeli Belah Jusco Taman Equine.

Sementara itu, pada 8, 9, 15 dan 16 Ogos pula, kaunter bergerak akan singgah di Pusat Membeli Belah IOI, Puchong sebelum ke Pusat Membeli Belah Giant, Putra Heights pada 22, 23, 29 dan 30 Ogos sebagai lokasi terakhir.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.