Categories
SELANGOR

Naik taraf padang bola sepak Bandar Bukit Puchong siap

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 27 JUL: Kerja naik taraf Padang Bolasepak Bandar Bukit Puchong 1 dengan kos RM120,000 siap sepenuhnya pada 30 Jun lalu.

Pegawai Komunikasi Korporat Majli Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) , Muhammad Azli Miswan, berkata bagi meraikan pembukaan Padang Bolasepak, MPSJ menganjurkan Karnival Sukan Bandar Bukit Puchong pada lapan Ogos ini.

Katanya kemudahan berkualiti itu disediakan untuk kegunaan jangka masa panjang oleh orang ramai terutamanya penduduk Subang Jaya.

“Ia merupakan kali pertama diadakan di Bandar Bukit Puchong dan menjadi harapan MPSJ untuk memastikan ia dapat dilaksanakan demi memperkukuhkan lagi perpaduan antara kaum.

mpsj“Objektif karnival sukan ini bagi memberikan peluang kepada kanak-kanak, remaja dan belia merasai pengalaman bermain permainan tradisional yang semakin dilupakan,” katanya dalam kenyataan media.

Muhammad Azli berkata, karnival bermula seawal 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang bertempat di Padang Bolasepak MPSJ, Bandar Bukit Puchong 1, Puchong.

“Antara sukan dipertandingan Futsal Padang Terbuka, ‘Soccer Kids’ aawah 12 tahun, tarik tali, pertandingan mewarna, pertandingan karaoke, karom beregu terbuka, dam aji dan pelbagai lagi,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.