Categories
NASIONAL

Op Selamat: Catat 12,383 kemalangan & 203 kematian

SHAH ALAM 20 JUL: Sebanyak 12,383 kes kemalangan jalan raya yang menyebabkan 203 kematian direkodkan sehingga Sabtu lalu, sejak Op Selamat 7/2015 dilancarkan pada 10 Julai lepas.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata angka itu mencatatkan peningkatan berbanding 11,277 kemalangan dan 185 kematian sehingga hari pertama Aidilfitri pada Jumaat, lapor Bernama.

Daripada 203 kes kematian yang direkodkan sehingga 18 Julai, sebahagian besar melibatkan motosikal iaitu 123 kes diikuti 51 kes membabitkan kereta.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.