Categories
SELANGOR

Peluang OKU tingkat kerjaya

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 JUL: Program Job Placement dan Job Enhancement bakal memberi peluang kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) di Selangor menikmati peluang kerjaya lebih baik.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata mereka berminat diberikan latihan dan kemahiran dalam beberapa bidang.

Dr DaroyahKatanya, selepas tamat tempoh kursus, golongan OKU akan diberikan pentauliahan sebelum berpeluang ditempatkan di hotel-hotel dan syarikat-syarikat bersesuaian.

“Dengan ini, OKU berkenaan dapat menjana pendapatan dan menyumbang buah fikiran, tenaga, kemahiran yang sekali gus membangunkan diri masing-masing,” katanya.

Beliau berucap demikian dalam majlis berbuka puasa bersama golongan OKU di Wisma PKPS di sini.

Pada masa sama, Daroyah berkata, Kerajaan Selangor juga secara berfasa akan meningkatkan infrastruktur seperti lot parkir, tandas dan lain-lain kemudahan untuk kemudahan OKU.

“Kita sedang pergiatkan usaha ini di jabatan dan agensi Kerajaan Selangor.

“Program pelekat kenderaan untuk warga OKU dan ahli keluarga OKU juga diteruskan dan boleh didapati di pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.