Categories
SELANGOR

Selangor prihatin derita rakyat

Oleh: HAFIZAN TAIB

LEDANG, 6 JUL: Keprihatinan Pakatan Rakyat (Pakatan) terhadap kesusahan rakyat terbukti dalam gerak kerja yang diterapkan Kerajaan Selangor.

Ketua Cabang PKR Ledang, Dr Chong Fat Full, berkata saluran sumbangan dalam program Jelajah Ramadan, Peduli Rakyat ke Johor membawa seribu makna kepada golongan memerlukan terutama dalam persiapan menyambut Aidilfitri.

“Kita juga menjalankan pelbagai program kebajikan, namun bersyukur kerana sumbangan dari Selangor dapat menampung segala kekurangan pihak berkaitan.

Jelajah Ramadan“Sememangnya, negeri dipimpin Pakatan amat prihatin dengan kebajikan rakyat,” katanya.

Sebanyak 175 hamper diserahkan Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong kepada Fat Full untuk diagihkan kepada kumpulan sasaran di Ledang.

Sementara itu, Ketua Cabang PKR Muar, Yatin Sarban, berkata bantuan itu tepat pada masanya terutama ketika masyarakat membuat persiapan Ramadan dan sambutan Aidilfitri.

“Ia memang penting kerana menjadi tanggungjawab pemimpin menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.