Categories
SELANGOR

Sultan Sharafuddin sampaikan sumbangan kepada 510 penduduk Kuala Langat

Oleh: NORHAYATI UMOR

KUALA LANGAT, 10 JUL: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli ke Masjid At Taqwa, di sini, bagi menyempurnakan majlis pemberian sumbangan Aidilfitri.

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 510 penerima bagi daerah Kuala Langat.

MB dan Sultan berbuka di Banting (1)Hadir sama, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammad Khusrin Munawi; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim dan Exco Kerajaan Negeri.

Sumbangan diserahkan baginda berjumlah RM235,000 iaitu hasil bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada 262 asnaf fakir dan miskin, manakala selebihnya dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk 148 asnaf muallaf dan 100 anak yatim.

Ia diadakan sempena majlis berbuka puasa Sultan Selangor bersama rakyat di masjid berkenaan.

Baginda turut berkesempatan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih bersama jemaah di kampung berkenaan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.