Categories
SELANGOR

SYABAS sumbang RM10,000 pusat jagaan OKU & warga emas

Oleh: SYASYA SUFIAN

RAWANG, 14 JUL: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS) memberi sumbangan bernilai RM10,000 dalam Program tanggungajawab korporat (CR) kepada Pusat Jagaan Titian Nur Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas Nur di Kampung Melayu Batu 16, Rawang.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Priscilla Alfred, berkata itu merupakan salah satu dari 12 program kemasyarakatan yang dijalankan sempena Ramadan yang melibatkan Ibu Pejabat dan 10 wilayah SYABAS.

SYABAS serah sumbangan pada rumah warga emas OKU di Jalan Sentosa Rawang (15)“RM7,000 sumbangan diberi dalam bentuk keperluan asas seperti beras, gula, minyak dan tepung manakala wang tunai RM3,000 untuk keperluan lain.

“Program hari ini bukan sekadar memberi sumbangan tetapi bertujuan untuk bermesra dan menghiburkan mereka sempena Aidilfitri yang akan datang,” katanya sewaktu program kasih Ramadan 2015 di sini, hari ini.

Priscilla berkata, seramai 50 penghuni di pusat jagaan itu kebanyakkan daripadanya warga OKU dan warga emas yang dihantar anak sendiri.

“Apa yang menyedihkan majoriti dari mereka terabai selepas dihantar oleh anak-anak dan ada juga yang tiada waris,” katanya

Selain itu, SYABAS akan meneruskan program CR walaupun selepas bulan Ramadan sebagai inisiatif pembangunan masyarakat dan komuniti khususnya ke seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.