Categories
NASIONAL

Tutup skandal 1MDB hanya benam Umno-BN di PRU-14

SHAH ALAM 20 JUL: Cubaan menutup skandal 1MDB dengan mengalih perhatian rakyat kepada kononnya bukti ditunjukkan terutamanya melalui media seperti Sarawak Report dan The Edge hanya membenamkan Umno BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata secara sinis gembira dengan reaksi dan tingkah laku pimpinan Umno-BN yang masih cuba menutup skandal 1MDB dengan memfitnah beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tony Pua, Sarawak Repor, The Edge dan lain-lain.

Najib-1MDBKatanya reaksi sebegini hanya menimbulkan kebencian rakyat terhadap Umno-BN yang membolehkan pembangkang menang dalam PRU14 kelak.

“Taktik ini dimainkan saban hari di media utama untuk meyakinkan anggota Umno sebenarnya skandal 1MDB ini tidak wujud dan hanya rekaan semata-mata,” kata Rafizi dalam kenyataan media.

Beliau berkata kalau pun ada lagi rakyat percaya dongeng skandal 1MDB ini rekaan pembangkang, ini hanya saki baki anggota Umno yang tidak bangun tersedar hatta sekiranya negara ini jatuh muflis sekali pun.

Katanya, Najib dan konco-konconya belum menjelaskan beberapa isu besar berkenaan dana RM42 bilion diambil 1MDB dan wang USD1.83 bilion dipindahkan ke individu tertentu berkaitan dengan PetroSaudi dan Jho Low seperti yang didedahkan oleh akhbar The Edge.

“Kenapa dan bagaimana dana sebanyak yang dipercayai berasal dari 1MDB sebanyak RM2.6 bilion dipindahkan ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak?

“Soalan-soalan mudah sebegini jika tidak dijawab akan menguatkan kepercayaan rakyat bahawa ada tangan yang menggunakan 1MDB untuk kesenangan peribadi,” katanya.

Rafizi berkata sebab itu taktik menghalang capaian ke laman web Sarawak Report, mengkambing hitamkan beliau dan Tony Pua serta taktik lapuk sebenarnya membantu membenamkan Umno-BN dalam PRU14.

“Jadi saya galakkan Najib untuk terus menggunakan taktik ini kerana saban hari ia melunturkan keyakinan rakyat terhadap Umno-BN,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.