Categories
SELANGOR

12 khemah disumbang bantu pelajar UNISEL jalan aktiviti luar

Oleh: NAZLI IBRAHIM

BESTARI JAYA, 10 OGOS: Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM13,000 bagi menyediakan 12 khemah kepada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Selangor (UNISEL).

Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, khemah bersaiz besar yang setiap satu mampu memuatkan lebih enam orang itu memudahkan para pelajar menjalankan aktiviti luar.

“Diharapkan dengan sumbangan ini, pelajar dapat menjalankan aktiviti luar di mana-mana yang mereka rancangkan.

Unisel-Grafik“Khemah ini bukan khemah bersaiz biasa yang biasanya cuma boleh memuatkan dua orang tetapi memang bersaiz besar untuk menampung ramai orang dalam satu masa,” kata Nik Nazmi kepada Selangor Kini di UNISEL Kampus Bestari Jaya di sini.

Sebelum itu, Nik Nazmi menyerahkan 12 buah khemah kepada Jabatan HEP UNISEL.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.