Categories
NASIONAL

‘Auntie Bersih’ beri taklimat jika ditahan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Wanita warga emas yang popular dengan panggilan ‘Auntie Bersih’ sekali lagi mencuri tumpuan orang ramai pada perhimpunan Bersih 4.0, hari ini.

Veteran demontrasi jalanan itu ditemui berhampiran pusat membeli-belah Sogo sedang memberi taklimat langkah yang perlu diambil jika seseorang ditahan.

IMG-20150829-00960“Kalau rakan kamu ditangkap, kadang-kadang kita tak dimaklumkan ditahan di balai mana.

“Apa yang perlu kita buat, telefon semua balai berkemungkinan sampai pihak balai beritahu lokasi rakan itu,” katanya.

Dia berkata, seseorang yang ditahan akan berhadapan kemungkinan ditahan reman selama tiga hari.

“Kalau dapat majistret yang keras, boleh kena lebih. Ini berdasarkan pengalaman saya yang pernah beberapa kali ditahan ketika menyertai demontrasi jalanan,” katanya,

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.