Categories
SELANGOR

Bekalan air mencukupi

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 OGOS: Kerajaan Negeri memberi jaminan bekalan air mencukupi dari segi kualiti dan kuantiti walaupun musim panas ketika ini.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata bekalan mencukupi ekoran beberapa pelan tindakan dilaksanakan.

“Kita yakin melalui beberapa tindakan yang diambil, bekalan air mencukupi kualiti dan kuantiti,” katanya yang menjawab pertanyaan daripada Khasim Abdul Aziz (PAS-Lembah Jaya).

DNS-2015-smallAntara projek sedang dilaksanakan Projek Mitigasi 2, Langat 2, projek pembesaran Loji Sungai Langat dan projek saluran air dari Negeri Sembilan yang dijangka siap 2016.

“Kerajaan Negeri juga sedang meneliti beberapa loji baru bagi meningkatkan kapasiti bekalan sekurang-kurangnya 350 JLH menjelang 2017,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Negeri juga sedang merangka pelan termasuk pembaikian paip lama bagi mengurangkan air tidak berhasil (NRW) selepas proses penstrukturan industri air selesai.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.