Categories
SELANGOR

Festival Orang Asal Antarabangsa tampil keunikan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 23 OGOS : Keunikan suku kaum Orang Asal di seluruh Malaysia termasuk negara jiran disatukan melalui Festival Kesenian Orang Asal Antarabangsa Selangor.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata festival itu mendedahkan kepada masyarakat mengenai warisan Orang Asal melalui pameran dan program kesenian.

Katanya ia turut memperkenalkan pelbagai etnik Orang Asal, antaranya Temuan, Mah Meri, Jah Hut, Kadazan Dusun, dan Igorot dari Filipina.

Sambutan Hari Indigeneous Art di Taman Botani Negara Shah Alam YB Elizzabeth Wong (8)“Program pertama kali dianjurkan ini menggabungkan sebanyak boleh Orang Asal bukan sahaja dari Selangor, tetapi seluruh Malaysia dan luar negara.

“Bilangan Orang Asal di Selangor tidak ramai, jadi Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kementerian Pelancongan memiliki tanggungjawab untuk menjaga etnik ini,” katanya pada majlis pelancaran festival itu di Taman Botani Negara Shah Alam.

Pada masa sama, Elizabeth berkata festival itu berpeluang mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelancongan berteraskan warisan, kesenian dan kebudayaan.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya memberi sokongan padu terhadap festival itu dan mempelajari budaya Orang Asal yang menjadi antara warisan terpenting di negara ini.

“Kita mahu memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan budaya suku kaum ini yang perlu dihargai bersempena Tahun Melawat Selangor 2015.

“Mereka adalah sebahagian daripada Selangor dan banyak warisan Orang Asal ditemui di sini,” katanya.

Festival itu akan berlangsung selama dua hari bermula 22 hingga 23 Ogos ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.