Oleh: HAFIZAN TAIB
SHAH ALAM, 20 OGOS: Semua karya yang diterbitkan akhbar rasmi Kerajaan Selangor, SelangorKini akan dinilai untuk menerima Hadiah Sastera SelangorKini 2015.
Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata hadiah keseluruhan RM27,000 disediakan untuk setiap genre iaitu cerpen, sajak dan esei.
Katanya, seorang pemenang bagi setiap kategori akan menerima hadiah utama bernilai RM5,000 manakala empat karya saguhati RM1,000.
“Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Selangor akan memilih panel hakim bebas dan mempunyai kepakaran di dalam bidang masing-masing,” katanya pada sidang media, hari ini.
Katanya, karya yang tersiar antara Disember tahun lalu hingga Oktober tahun ini yang wujud hasil inisitif Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Selangor dan pengurusan akhbar itu, bakal dinilai
“Inisiatif ini direncanakan bertujuan menawarkan tulisan bernilai sastera dan mempunyai kandungan pemikiran bermutu kepada rakyat Selangor saban minggu.
“Setelah hampir lapan bulan ruangan seni dan budaya diwujudkan, pelbagai respons positif diterima baik daripada pembaca mahupun penulis.
Ia juga membuka peluang kepada penulis muda dan juga mapan untuk menghantar karya mereka,” katanya.
FZL