Categories
NASIONAL

Ketua Pembangkang: “Apa penjelasan pegawai SPRM ditukar?”

SHAH ALAM 8 OGOS: Kerajaan Persekutuan patut memberikan penjelasan serta-merta penukaran pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar tidak timbul persepsi wujudnya campur tangan politik dan hukuman punitif.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail terkejut dan kecewa mendapat berita Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Rohaizad Yaakob ditukar jawatan sehari selepas pertemuan beliau bersama beberapa ahli parlimen Pembangkang.

11145097_614656668637613_241593924346675735_n“Oleh kerana tindakan campur tangan dan ancaman terhadap anggota SPRM jelas berterusan, saya mengarahkan anggota KEADILAN untuk membuat laporan polis serta mengadakan himpunan menyokong SPRM di kesemua pejabat SPRM seluruh negara,” kata Wan Azizah yang juga Presiden PKR dalam kenyataan medianya.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull menuntut kembali dua pegawai kanannya dipulangkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Beliau malah menawarkan dirinya sebagai ganti kerana mereka cuma bertindak atas arahan.

Sementara Bahri, yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu lantang menentang “gangguan” polis terhadap SPRM dan bersumpah dengan nama Allah mahu mencari dalang yang mengarahkan penangkapan pegawainya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.