Categories
NASIONAL

Khalid Samad: Umno Shah Alam perlu nyahkan penerima wang ‘derma’ dahulu

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 25 OGOS: Umno Shah Alam sepatutnya menyahkan penerima wang ‘derma’ RM2.6 bilion untuk memulihkan imej parti dan bukannya mendesak sesiapa supaya keluar daripada kawasan Shah Alam.

Kenyataan sinis berkenaan dikeluarkan Khalid Abdul Samad selaku Ahli Parlimen sambil mengingatkan mereka bahawa Shah Alam bukanlah milik Umno.

“Terima kasih kepada Umno Shah Alam kerana beri tumpuan kepada diri saya.

khalid samad white pc 03“Shah Alam bukan milik Umno mereka tiada hak untuk menyahkan dan membuang sesiapa dari bumi Shah Alam,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari dalam satu kenyataan semalam mendakwa Khalid sebagai alat DAP yang mana seolah-olah bertanggungjawab memecah-belahkan pengundi Melayu di kawasan tersebut.‎

Dalam perkembangan sama, Khalid mendakwa Umno merupakan punca kepada perpecahan PAS dan bukannya DAP.

Jelasnya, perpecahan PAS tidak memberikan keuntungan kepada DAP sebaliknya kepada Umno.

Tambah Khalid, tidak ada salahnya untuk bersekongkol atau bekerjasama dengan sesiapa termasuk DAP untuk menentang rasuah dan penyelewengan demi ke arah kebaikan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.