Categories
SELANGOR

LZS: Henti sebar fitnah isu Noridawati

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 4 OGOS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) meminta semua pihak supaya tidak menyebar maklumat salah berhubung ibu tunggal kurang upaya (OKU), Noridawati Husin yang menjadi viral di laman sosial.

LZS dalam satu kenyataan di Facebook berkata Noridawati, 31, sudah lama dipilih menjadi asnaf sejak 2008 dan masih lagi menerima bantuan zakat sehingga hari ini.

11811542_10153461344171221_4481716797324406931_nKatanya pada tahun ini, beliau menerima bantuan kewangan bulanan sebanyak RM3,000, bantuan sewa bulanan (RM4,560), bantuan hari raya (RM700) dan bantuan makanan bulanan.

“Manakala bantuan tambahan diterima daripada Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pusat Pungutan Zakat awal tahun ini.

“Terbaru pada bulan Jun 2015, sebanyak RM55,000 diberikan untuk tujuan perubatan dirinya dan anak,” katanya.

Kisah Noridawati terus menjadi viral di laman sosial dan whatsapp serta disalah ertikan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.

LZS berkata pihaknya tidak berniat mengaibkan sesiapa, namun hanya mahu membetulkan salah faham yang timbul ekoran penyebaran maklumat tidak tepat berhubung perkara itu.

11826042_10153461344176221_5030849019065622135_n“Mohon kepada mereka yang menemui individu atau keluarga yang memerlukan supaya menyalurkan maklumat kepada LZS,” katanya.

Dalam pada itu, LZS turut berpeluang bertemu Noridawati di kediamannya semalam bagi memberi pencerahan’jelas dan benar’ kepada semua pihak mengenai isu terbabit.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.