Categories
SELANGOR

MB: Buku sejarah patut tonjol fakta sebenar perjuangan kemerdekaan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 28 OGOS: Tindakan sengaja meminggirkan peranan golongan tertentu dalam perjuangan kemerdekaan dilihat sebagai sebagai agenda bagi menjaga kepentingan politik tertentu sekaligus merosakkan warisan sejarah dan pemikiran generasi muda.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan itu dapat dilihat apabila buku teks sejarah di sekolah hanya menampilkan pemimpin Umno dan parti komponen Parti Perikatan (kini Barisan Nasional) sahaja dalam gerakan menuntut kemerdekaan.

IMG_5731a“Pejuang kemerdekaan terdiri daripada pelbagai kelompok bukan sahaja seperti dicatatkan buku sejarah hanya satu kelompok sahaja nama ditulis sedangkan pejuang kemerdekaan terdiri daripada mereka yang memiliki jiwa merdeka untuk membebaskan negara daripada pengaruh luar seperti petani, pekerja, budayawan dan mereka yang pada ketika itu mengambil tanggungjawab membebaskan negara.

“Sebenarnya ramai yang memperjuangkan kemerdekaan. Saya tak setuju dengan pendekatan hari ini apabila buku sejarah menonjolkan satu kumpulan sahaja, seolah-olah yang lain tidak ada peranan,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian kepada Selangor Kini di Pejabat Menteri Besar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, semalam.

Kata Mohamed Azmin lagi, generasi hari ini mempunyai tanggungjawab dalam memastikan pengorbanan golongan terdahulu tidak mensia-siakan kemerdekaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.