Categories
SELANGOR

MB: RM10 juta peruntukan Dana-Sel ditambah kepada RM20 juta

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 22 OGOS: Peruntukan RM10 juta bagi Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (Dana-Sel) yang dilancarkan sebelum ini ditambah kepada RM20 juta pada tahun hadapan.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, langkah ini diambil berikutan sambutan menggalakkan rakyat negeri ini terhadap skim terbabit.

“Kita ingin melihat bagaimana skim sewa beli dapat diperkembangkan. Ini sudah dilaksanakan di Selangor apabila projek perumahan kos rendah di Sungai Sering dan di Rimba Jaya kita perkenalkan skim ini melalui skim Dana-Sel dengan Kerajaan Negeri memperuntukkan RM10 juta membantu pembeli rumah yang tidak mampu mendapat pinjaman bank.

Pelancaran Rumah Selangorku di Setia City Convention Centre MB (1)“Kita akan membeli bagi pihak mereka dan mereka sewa untuk suatu tempoh. Apabila mereka mampu membeli rumah tersebut kita akan jual kepada mereka dengan menolak jumlah sewa yang dah dibayar.

“Namun bagi tahun depan kita rasa skim ini harus ditingkatkan dan seperti mana yang dicadangkan ditambah kepada RM20 juta,” kata Mohamed Azmin ketika merasmikan Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Selangorku di Setia Alam, di sini, hari ini.

Tambah beliau, skim ini juga bakal dikembangkan kepada bakal pembeli rumah mampu milik yang memenuhi kriteria ditetapkan Kerajaan Negeri berbanding hanya untuk pembeli rumah kos rendah sahaja ketika ini.

Selain menambah peruntukan bagi Skim Dana-Sel, Kerajaan Negeri juga merancang untuk mewujudkan kouta khas bagi membantu golongan yang memerlukan memiliki kediaman sendiri.

Sementara itu, Exco Perumahan Negeri Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad pula berkata, selain skim sewa beli, Kerajaan Negeri turut membantu pembeli mendapat pinjaman dengan menjadi penjamin kepada pembeli yang membuat pinjaman di institusi kewangan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.