Categories
NASIONAL

Najib kena letak jawatan bagi selamatkan ekonomi & RM

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 27 OGOS: Peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan jalan terbaik bagi menyelamatkan keadaan ekonomi ketika ini.

Mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob berkata hal itu berikutan imej Najib ketika ini diselubungi dengan pelbagai skandal sehingga menjejaskan keyakinan pelabur.

Najib-RMKatanya, tindakan Najib menimbulkan pelbagai spekulasi itu terus meletakkan Ringgit pada kedudukan lemah.

“Bila seorang pemimpin negara mempunyai pelbagai krisis politik, lemah menguruskan ekonomi dan ditambah lagi dengan dikaitkan dengan bermacam skandal, ini membuatkan pelabur menjauhkan diri untuk melabur di negara kita.

“Pelabur kita sedia ada juga tidak berani tunggu lama kerana mereka tidak nampak sebarang tanda pemulihan dan mereka akan jual pegangan mereka baik saham, Ringgit atau apa sahaja pelaburan secepat mungkin bagi mengelakkan kerugian lebih teruk lagi.

“Ini bukan jalan paling terbaik tetapi tiada pilihan, memang inilah satu-satunya jalan yang ada untuk keluar daripada krisis kejatuhan ringgit dan ekonomi negara,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Rosli berkata Najib harus meletakkan jawatan secara terhormat jika beliau mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap ekonomi dan kesejahteraan negara.

“Nilai Ringgit berada di kedudukan yang paling lemah sejak 17 tahun ini. Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan punca kejatuhan Ringgit, oleh itu satu-satunya cara untuk menyelamatkan Ringgit dari terus jatuh,” katanya.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.