Categories
NASIONAL

#NajibLetakJawatan banjiri facebook Perdana Menteri

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 6 Ogos: Facebook rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus diserang netizen yang mendesak beliau berundur dengan menggunakan hashtang #NajibLetakJawatan susulan pengumuman serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion sah milik MH370.

Komen berkenaan dilontarkan ekoran rasa tidak puas hati dan kepercayaan semakin hambar terhadap penemuan serpihan pesawat yang diumumkan awal minggu ini di saat negara berhadapan pelbagai isu besar termasuk skandal 1MDB.

komen di acct fb najibNetizen merasakan penemuan terbaru pesawat itu sekadar ingin menutup kesalahan Perdana Menteri susulan isu RM2.6 billion di akaun peribadi beliau adalah dilaporkan datang daripada penderma.

Tidak kurang juga ada di antara mereka yang meminta wang berjumlah RM2.6 bilion didermakan kepada keluarga mangsa pesawat MH370.

Sekelip mata akaun rasmi facebook Najib dibanjiri kecaman pengguna laman sosial sejak beliau memuat naik status penemuan pesawat MH370 jam 2 pagi tadi.

Bagaimanapun, masih ada segelintir netizen memberi komen melahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa mangsa nashas dan ucapan takziah kepada waris.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.