Oleh: NAEEM RAFFI
SHAH ALAM, 24 OGOS: Pengurus Red Giants, Amirudin Shari berazam membawa pasukan bola sepak negeri ke tahap membanggakan musim hadapan.
Menerusi status dalam facebook rasminya, Amirudin yakin Red Giants mampu memperoleh kemenangan di kedudukan yang lebih baik dalam saingan Liga Super.
“Alhamdulillah, walaupun Red Giants sepatutnya berada di kedudukan lebih baik.
“Tahniah pasukan dan penyokong setia, terima kasih semua! Teruskan sokongan anda,” menurut status itu.
Beliau berkata merujuk kepada pencapaian Red Giants yang berjaya menamatkan saingan Liga Super 2015 di tangga ketiga selepas meraih mata penuh pada perlawanan terakhir menewaskan Perak 2-0 di Stadium Perak, Ipoh 22 ogos lalu.
Selangor pernah muncul juara Liga Super dua musim berturut pada 2009 dan 2010, namun sekadar meraih tempat ketiga pada 2011 dan 2012 sebelum memperbaiki pencapaian apabila muncul naib juara dua musim berturut pada 2013 dan 2014.
Reaksi orang awam pada status tersebut kebanyakkannya memberi sokongan kuat kepada pasukan dan berharap Exco Sukan Selangor itu mampu membentuk Red Giants sebagai pasukan juara.
Kerol Kechiq dalam reaksinya mencadangkan lebih kerap perlawanan persahabatan bersama pasukan kelas A bagi memperkemas dan mempersiapkan pasukan ke pentas final Piala Malaysia.
“Tahniah YB !!! Kekalkan momentum dari segi corak permainan game dua (vs Kelantan dan Perak) terakhir liga super nampak keserasian..nampak last minit Selangor baru panas..
“So kekal rentak sehingga ke saingan Piala Malaysia bermula dengan atur friendly kelas A , tidak mustahil Selangor bakal ke pentas final Piala Malaysia,” katanya.
Sementara Fun Ho pula berharap Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada musim hadapan membuka ruang lebih luas kepada anak jati Selangor untuk bermain dan berbakti untuk Red Giants.
“Harap musim depan pasukan Selangor dapat memberi peluang ramai bintang muda darr negeri Selangor main pasukan utama,” katanya.
Bagi Faiz Faizal pula beliau berharap dalam keghairahan mencipta kejuaraan, kebajikan dan kemudahan pasukan dapat dijaga sebaiknya.
“Tahniah YB dan Pasukan Selangor. Team yang konsisten dari 2009 hingga sekarang sentiasa tiga teratas.
“Diharap YB jaga kebajikan pemain dan kemudahan pasukan sebaik mungkin. Jumpa sesi depan,” katanya.
EZY