Categories
NASIONAL

Pemuda PAS Selangor sokong SPRM

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 OGOS: Pemuda PAS Selangor hari ini menyerahkan memorandum sokongan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri dalam isu siasatan ke atas dana SRC International Sdn Bhd.

Memorandum diserahkan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim kepada Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Selangor, Azman Noha.

Katanya, penyerahan memorandum itu adalah simbolik dokongan PAS bersama SPRM.

IMG_8542“Kita minta supaya pegawai SPRM terus istiqamah untuk menjalankan siasatan bagi mencari kebenaran.

“Insya Allah, kebenaran pasti akan bertemu. Kita harap parti dan masyarakat dapat memberikan sokongan yang baik kepada SPRM.

“Saya nasihatkan rakan media supaya dapat bantu untuk menyebarkan berita yang tepat kerana sedikit sebanyak memudahkan SPRM menjalankan siasatan,” katanya kepada media di Ibu Pejabat SPRM Selangor.

Sementara itu, Azman Noha, berkata SPRM menyambut baik sokongan yang diberikan PAS dan masyarakat.

“Alhamdulillah dapat sokongan Pemuda PAS dan ia akan menguatkan lagi azam kami untuk teruskan siasatan.

“Terima kasih banyak-banyak kepada Pemuda PAS yang datang menyatakan sokongan mereka kepada kami terutama menghadapi saat yang agak mencabar ini,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.