Categories
SELANGOR

Red Giants dahului Kelantan 3-0, kekal tempat ke-3 Liga Super

SHAH ALAM, 20 OGOS: Selangor berjaya mengukuhkan kedudukan bagi menamatkan saingan Liga Super 2015 di tangga ketiga selepas menang besar menewaskan Kelantan 3-0 pada perlawanan ke-21 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Ahmad Hazwan Bakri membuka tirai jaringan seawal minit ke-23 menerusi sepakan percuma kaki kiri yang terus melencong ke penjuru gawang menewaskan penjaga gol Kelantan, Shahrizan Ismail, sekali gus mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.

Kelantan kendalian Zahasmi Ismail tampak pincang apabila turun tanpa empat tonggak ekoran digantung perlawanan.

20150418sel10-750x400Ia membabitkan Norhafiz Zamani Misbah, Mohd Noor Hazrul Mustafa, Austin Mutu dan Gilmar da Silva sambil penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat direhatkan di bangku simpanan, lapor laman sesawang FAS Selangor.

Bersambung babak kedua, Selangor terus selesa di atas padang apabila Guilherme De Paula melakukan larian pantas melepasi pertahanan Kelantan sebelum membuat lambungan cantik menewaskan Shahrizan pada minit ke-49 untuk kedudukan 2-0.

Dua minit berselang, Andik Vermansah hampir menambah jaringan tetapi sepakan cantik dari luar kotak penalti itu sekadar mengegarkan gawang gol selepas ditepis Shahrizan.

Akhirnya, Selangor berjaya mencipta gol ketiga pada minit ke-63 menerusi sepakan penalti De Paula selepas Ahmad Hazwan dijatuhkan Shahrizan.

Bagi perlawanan terakhir liga, Selangor dijadualkan bertemu Perak di Stadium Ipoh, Sabtu ini (22 Ogos).

Leave a Reply

Your email address will not be published.