Categories
SELANGOR

Selangor tambah peruntukan pembangunan UNISEL

Oleh: NAZLI IBRAHIM

BESTARI JAYA, 7 OGOS: Selangor akan menambah peruntukan pembangunan Universiti Selangor (UNISEL) bagi memastikan kecemerlangan institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri itu.

Exco Pendidikan Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata jumlah sebenar peruntukan masih lagi dalam peringkat perbincangan.

“Kami yakin setiap inisiatif yang diambil ini mampu menyumbang kepada pemulihan UNISEL dan bertekad mengambil langkah yang perlu untuk mengembalikan kegemilangan universiti ini.

niknazmi“Keputusan perbincangan akan disertakan dalam Belanjawan 2016 nanti,” kata Nik Nazmi pada sidang medianya di sini, hari ini.

Katanya, ketika ini kos pembangunan UNISEL ditanggung Kerajaan Negeri sementara kos pentadbiran dan pengurusan ditanggung universiti itu sendiri.

Sementara itu, dalam perkembangan lain UNISEL menempatkan sebuah bilik untuk Exco Pendidikan bagi memudahkan komunikasi antara dua belah pihak.

“Ini memudahkan saya bertemu pelajar, tenaga akademik dan pihak pengurusan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.