Categories
SELANGOR

Tiada pencemaran kritikal di Sungai Bernam

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 19 OGOS : Tiada isu pencemaran kritikal dilaporkan berlaku di Sungai Bernam setakat ini, kata Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong.

Katanya lawatan pihaknya bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar tahun lalu turut membuktikan aktiviti pencemaran tidak berlaku.

Katanya status kualiti air sungai itu dipantau Jabatan Alam Sekitar Perak dan berada dalam kategori Bersih kelas kedua sehingga Jun lalu.

DNS-2015-small“Isu pencemaran yang pernah berlaku seperti kehadiran minyak di permukaan air dapat dikawal bersama agensi lain yang melibatkan Selangor dan Perak.

“LUAS juga membuat perancangan untuk mengadakan bengkel yang membincangkan tadbir urus Lembangan Sungai Bernam termasuk isu pencemaran di sungai itu.

“Ia melibatkan agensi berkaitan di Selangor dan Perak memandangkan lembangan itu dikongsi dua negeri berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Budiman Mohd Zahdi (BN-Sungai Panjang) di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Pada masa sama, Elizabeth (PKR-Bukit Lanjan) berkata punca sebenar pencemaran air di Bagan Sungai Buloh Jeram masih belum dikenalpasti meskipun siasatan giat dijalankan LUAS.

Katanya terdapat pelbagai aktiviti berpotensi menyumbang kepada masalah itu, antaranya kawasan perindustrian, ladang kelapa sawit, kolam akuakultur dan sisa perbandaran harian.

“LUAS bekerjasama dengan Pusat Forensik Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan kajian lebih terperinci mengenalpasti punca pencemaran di kawasan itu,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.