Categories
NASIONAL

Tindakan PM jual aset tanah kepada luar negara tak waras

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 OGOS: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu menjual aset tanah negara kepada negara luar adalah tindakan tidak waras.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) , Mohd Azmi Abdul Hamid berkata tindakan menjual aset tanah Malaysia bagi menyelamatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh menjahanam negara bila aset terpenting negara dijual kepada syarikat dari negara luar.

TRX“Kami membantah pengumuman PM yang menyatakan tanah di kawasan bandaraya KL (Bandar Malaysia) iaitu strategik dan bernilai tinggi milik 1MDB akan dijual kepada syarikat dari negara luar dari China dan Qatar bagi mengatasi hutang yang ditanggung oleh syarikat pelaburan milik kerajaan itu,” katanya dalam kenyataan.

Azmi mempersoalkan cara penyelesaian itu dapat mengatasi masalah hutang dan menganggap ia tindakan mengkhianati negara.

“Apa beza tindakan ini dengan mengkhianati negara? Bila hutang disebabkan oleh pinjaman yang tidak sepatutnya dibuat, mahu dilunaskan dengan menjual aset negara, itu sama sahaja dengan menjual negara sekaligus kedaulatannya.

“Dalam pengisytiharan beliau bahawa beliau meminta diberi masa enam bulan untuk membaikpulih 1 MDB yang bermasalah itu, tanah yang ada dalam milik syarikat itu bakal dijual kepada syarikat luar negara untuk mendapat keuntungan dan membayar hutang,” katanya.

Beliau menegaskan aset negara, terutama tanah, tidak boleh dijadi komoditi untuk dijual dengan mudah hanya kerana sebuah syarikat kerajaan menghadapi masalah kewangan.

“Masalah 1MDB adalahcpengurusan dan rencana bisnes salah. Operasi perniagaan dikatakan 1MDB itu nampaknya hanya bersifat jual beli hartanah dan bukan pelaburan yang sebenar.

“Apatah lagi hartanah itu adalah aset negara yang akan memberi kesan buruk kepada negara dalam jangka masa panjang, jika ia menjadi sandaran untuk menjamin pinjaman,” katanya.

Azmi berkata pihaknya kecewa terhadap jalan penyelesaian yang dipilih untuk menutup hutang 1MDB diputus dengan mudah sedangkan kesannya serius dalam jangka masa panjang.

“Apakah yang bakal terjadi kepada aset hartanah negara jika cara begini dipilih untuk menyelesai kemelut hutang akibat dari pengurusan yang lemah.

“Kami mengesa tanah strategik di bandaraya KL tidak dikorbankan kepada syarikat luar. katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.