Categories
SELANGOR

6 kawasan catat IPU tidak sihat

SHAH ALAM 7 SEPT: Kawasan Cheras dan Batu Muda mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 2 petang menjadikan kepada enam kawasan berada di tahap itu berbanding empat, pada sebelah pagi tadi.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Cheras dengan Batu Muda dengan masing-masing merekodkan bacaan 105.

jerebuEmpat kawasan yang masih merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Bukit Rambai (118), Bandaraya Melaka (116), Nilai (115) dan Seremban (105).

Kawasan lain di seluruh negara mencatat bacaan IPU baik dan sederhana.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.