Categories
SELANGOR

8,778 kes denggi di MPSJ, kempen banteras dipergiat

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 30 SEP: Sebanyak 8,776 kes denggi dilaporkan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pada tahun ini pada Minggu Epid 38 iaitu sehingga 26 September.

Yang Dipertuan MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata usaha dalam perlaksanaan Kempen 10 Minit memerangi aedes menjadi keutamaan MPSJ untuk mengurangkan kes demam denggi dari terus meningkat.

DENGGI GRAFIK“Kes demam denggi meningkat sebanyak 3,092 kes berbanding minggu ke 24 sebanyak 5,684 kes demam denggi. Manakala kes kematian mencatatkan sebanyak sembilan kes dari Januari hingga kini.

“Pelbagai kempen dan aktivit dilaksanakan, tetapi jika tiada kesedaran dari penduduk setempat sendiri dan hanya memharapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kes ini tidak berkurang,” katanya sewaktu Mesyuarat MPSJ ke sembilan hari ini, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, MPSJ berharap peranan dan kerjasama dari semua pihak dalam memastikan kawasan premis masing-masing bebas denggi.

“Sebanyak 130 kompoun dikeluarkan kepada premis yang gagal mematuhi syarat kebersihan kawasan persekitaran mengakibatkan tempat pembiakan aedes semakin berleluasa.

“Atas usaha tidak putus melaksanakan program kes denggi pada tahun ini menurun berbanding tahun lepas,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.