Categories
SELANGOR

998 tangkapan anjing liar elak jangkitan penyakit

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 30 SEP: Sebanyak 998 tangkapan anjing liar di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dilakukan sejak awal Januari hingga 29 September lalu.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata walaupun tidak ada sebarang penyakit anjing gila diterima tetapi langkal awal diambil mengelak penyakit itu berlaku.

“Kami menerima aduan dari orang ramai menyatakan kebimbangan atas penyakit itu memandangkan anjing liar berkeliaran semakin berlualasa.

Anjing Gi“Hasil tangkapan juga meningkat bermula Januari sebanyak 75 ekor, Februari (69), Mac (71), April (102), May (84), Jun (199), Julai (103), Ogos (132) dan September hingga semalam sebanyak 163 tangkapan, menjadikan keseluruhan sebanyak 998 tangkapan berbanding tahun lepas hanya 700 lebih setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu Mesyuarat MPSJ Jawatankuasa Kewangan Bil. 09/2015, disini, hari ini.

Dalam majlis yang sama, turut serta Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Dan Angkat Sumpah Ahli Majlis MPSJ Bagi Tahun 2015, M. Anbarasan.

Difahamkan, M. Anbarasan dipertanggungjawabkan bagi kawasan JKP Zon 19, Taman Equin, Seri Serdang dan mumulakan khidmat pada 31 Ogos lalu hingga 31 Disember ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.