Oleh: SYASYA SUFIAN
SHAH ALAM, 23 SEP: Enam daerah kembali mencatatkan Indek Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sejak jam 10.00 pagi tadi.
Menurut Portal Jabatan Alam Sekitar, dua bacaan tertinggi dicatatkan di Sarawak iaitu Samarahan (191) dan Kuching (170).
Manakala, empat kawasan lain mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Sri Aman, Sarawak (138), Tawau, Sabah (112), Bukit Rambai, Melaka (108) dan Bandaraya Melaka (106).
IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas berbahaya.
Selain itu, 34 kawasan lain mencatatkan udara sederhana dan 12 kawasan selebihnya mencatatkan udara sihat.
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
-NFN-