Categories
NASIONAL

Hairan suspek cepat dikesan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 18 SEP: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua melahirkan rasa hairan ekoran polis mengenal pasti suspek kes kematian mendiang Kevin Anthony Morais dengan cepat.

Tian Chua berkata, hal itu berikutan kes rasuah membabitkan doktor tentera berpangkat kolonel itu bukan satu-satunya kes berprofil tinggi yang pernah dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya itu.

tian“Morais terbabit dengan banyak kes berprofil tinggi. Saya tidak tahu kenapa polis begitu cepat boleh kenal pasti doktor tentera itu ada kaitan dengan kematian Morais.

“Tetapi tak apalah, kita tunggu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan telus dan adil diperlukan bagi mengelakkan satu lagi kes kematian penuh misteri seperti kes pembunuhan Altantuya Shaaribu.

“Polis perlu lebih berani jalankan siasatan bagi mengelakkan perasaan prejudis masyarakat awam dan berulangnya kes pembunuhan tergantung yang terjadi beberapa kali sebelum ini,” katanya.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan, Datuk Seri Mohmad Salleh mengesahkan Morais yang dilaporkan hilang pada 4 September lalu, mati dibunuh selepas mayatnya ditemui di dalam tong dram dipenuhi konkrit di USJ 1, Subang Jaya.

Polis turut mengesahkan, tujuh individu ditahan sehari sebelum penemuan mayat Morais.

“Kami percaya ada kaitan dengan kes di mahkamah Shah Alam kerana Morais terbabit mengendali kes rasuah sebagai pendakwa,” katanya.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.