Oleh: SYASYA SUFIAN
SHAH ALAM, 16 SEP: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan sehingga jam 11 pagi tadi menunjukkan 13 Kawasan mencatatkan status kualiti udara tidak sihat.
Manakala 30 kawasan berada di paras sederhana dan 9 lagi kawasan dalam keadaan baik setakat ini.
Menurut Portal Jabatan Alam Sekitar, bacaan tertinggi dicatatkan di Sri Aman iaitu 164, Kuching (146), Sarikei (145) dan Samarahan (145).
Shah Alam mencatatakan kualiti udara tidak sihat iaitu 108, manaka kawasan lain di Selangor merekodkan kualit udara sederhana iaitu Pelabuhan Klang (97), Kuala Selangor (72), Petaling Jaya (97), Banting (91).
Selain itu, Kawasan lain yang mencatatakan udara tidak sihat adalah Balok Baru, Kuantan (124), Jerantut (101), Tawau (122), Kapit (116), Sibu (133), Kemaman (124), Kuala Terengganu (101) dan Paka (120).
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Kualiti udara di Wilayah Persekutan, Putrajaya, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis dan Pulau Pinang mencatatkan kualiti udara pada tahap sederhana.
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
EZY