Categories
SELANGOR

Jerebu: UNISEL tangguh operasi hari ini

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 28 SEP: Ekoran masalah jerebu teruk yang melanda negara khususnya Lembah Klang, Universiti Selangor (UNISEL) mengambil keputusan untuk menangguhkan operasi hari ini.

Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad berkata bagaimanapun, penangguhan operasi itu tidak membabitkan Kampus Bestari Jaya.

“Penangguhan operasi hari ini, dan beroperasi semula pada 29 September 2015.

Unisel-Grafik“Segala makluman penangguhan lain akan dimaklumkan dari masa ke semasa oleh pihak universiti,” katanya dalam kenyataan media.

Selain Unisel, Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut menangguhkan jadual kuliah di semua cawangannya di Selangor hari ini berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat pada Ahad.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar pada Ahad, setakat 2 petang, tiga kawasan merekodkan IPU sangat tidak sihat berbanding lima pada 11 pagi.

Shah Alam mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 239 diikuti Batu Muda, Kuala Lumpur (228), dan Pelabuhan Klang (215).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.