Oleh: NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM, 1 SEP: Rumah mampu milik di Selangor bebas daripada spekulasi hartanah apabila harganya dikawal Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
Pengarah Ekesekutif LPHS, Norzaton Aini Mohd Kassim, berkata pihaknya mengenakan syarat rumah mampu milik yang dibeli tidak boleh ditukar nama kepada individu lain sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun.
“Syarat ini tidak terpakai bagi ibu bapa yang nak beri kepada anak atau sebab kasih sayang. Kita benarkan jika ia membabitkan harta pusaka atau sebab undang-undang, ,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, semalam.
Katanya, mekanisma pembelian rumah mampu milik yang dibangunkan agensi itu berkeupayaan memastikan mereka yang benar-benar berkelayakan membeli kediaman terbabit.
“Antara syarat dikenakan termasuk memberi keutamaan kepada golongan yang belum memiliki rumah dan kelayakan pendapatan yang memenuhi kriteria ditetapkan.
“Saya menyeru orang ramai terutama generasi muda yang berkelayakan mengambil peluang membeli rumah mampu milik yang ditawarkan Kerajaan Negeri,” katanya
-NR-