Categories
SELANGOR

Pagi Tanpa Kenderaan pupuk masyarakat cinta alam

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 6 SEP: Seramai 600 peserta menyertai Program Pagi Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hari ini.

Program seawal tujuh pagi itu bertujuan mendidik masyarakat cintakan alam sekitar dengan mengurangkan pembebasan karbon yang menjadi antara punca pencemaran udara.

Ia dimulakan dengan persembahan daripada Independent Living and Training Centre (ILTC) Rawang sebagai gimik pelancaran.

Pagi Tanpa KenderaanSekurang-kurangnya lebih 500 warga Selayang mengambil bahagian berbasikal, berlari dan berkasut roda sebagai permulaan gaya hidup sihat disamping mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor.

Terdapat dua laluan dibuka kepada iaitu peserta berbasikal bermula di Dataran Bandar Baru Selayang melalui Jalan Persiaran 1 dan berakhir di Bulatan Siantan sebelum kembali ke Dataran Bandar Baru Selayang.

Manakala peserta berjalan kaki, berkasut roda dan skateboard akan melalui bulatan siantan, Pinggiran Templer, Puncak Templer sehingga ke Stesen minyak Petron dan berakhir di Dataran Bandar Baru Selayang.

Program itu turut dimuatkan dengan slot ‘Jom Sihat’ dengan menampilkan Pensyarah Kanan Bahagian Sains Eksesais, Universiti Malaya (UM), Dr. Eliza Hafiz.
-NR-

Turut hadir, Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, Yang Dipertua MPS, Suliman Abd Rahman dan Ahli Majlis MPS, Dato’ Paduka Raja, Datuk Wan Mahmood Pa’Wan Teh.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.