Categories
SELANGOR

Penjawat awam harap Belanjawan 2016 cakna isu rakyat

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 SEP: Penjawat awam Selangor berharap Belanjawan Negeri 2016 memberikan penumpuan terhadap aspek perumahan, peluang perniagaan dan pendidikan.

Selangor Kini sempat bertemu dengan beberapa penjawat awam dari Jabatan Perancang Bandar dan Desa Selangor (JPBD) bagi mendengar sendiri pandangan mereka.

BELANJAWAN 2016Suzanah Abu bakar, 42 berharap Belanjawan 2016 membuka lebih banyak peluang penjawat awam mendapatkan skim pinjaman bagi memudahkan mereka memulakan perniagaan dan pemilikan hartanah.

“Saya juga berharap pelajar yang mendapat keputusan sederhana diberikan peluang mendapatkan bantuan pinjaman untuk melanjutkan pengajian di pusat kemahiran awam,” katanya.
Bagi Norlelan Aziz, Belanjawan 2016 menyentuh pengajian penjawat awam agar ia lebih realistik dengan keadaan ekonomi semasa yang semakin mencabar.

“Kenaikkan gaji dibuat selaras dengan keperluan kenaikan harga barang. Gaji penjawat awam tidak seberapa dan sudah tentu terkesan setiap kali barang keperluan dan kos berkaitan meningkat,” katanya.

NORLELANDengan pengalaman lebih 30 tahun berkhidmat, Norlelan, 52, juga berharap Kerajaan Negeri membuka lebih banyak peluang pekerjaan terutama kepada graduan bagi memenuhi keperluan industri dan sektor awam.

“Peluang pekerjaan perlu diperbanyakan untuk graduan. Selain itu, taraf integriti perkhidmatan awam juga perlu dipertingkatkan,” katanya.

Berbeza pula dengan Norsiah Arshad, 56, yang berharap Kerajaan Negeri dapat memberikan tumpuan kepada industri pelancongan dengan mempromosikan lokasi strategik untuk menarik pelancong.

“Selangor mempunyai banyak lokasi pelancongan menarik yang mampu menjana pendapatan.

“Untuk itu, Kerajaan Negeri perlu memberi penekanan dengan meningkatkan taraf prasarana untuk keselesaaan pengunjung,” katanya.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.