Categories
SELANGOR

Peranan usahawan kecil mampu pulihkan ekonomi negara

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA SELANGOR, 12 SEP: Usahawan kecil sederhana mampu menjadi pemangkin pemulihan ekonomi negara yang kian parah sejak berlakunya kejatuhan nilai Ringgit melalui penyaluran dana pinjaman perniagaan.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata peranan dimainkan mereka dibuktikan di beberapa negara rantau Asia seperti Korea Selatan dan Thailand ketika berhadapan krisis ekonomi sekitar 1997.

PC YB Amir SUKSES 2015 (1)Kesan sumbangan dimainkan pemain industri kecil membuahkan hasil hingga mengakibatkan mereka berjaya keluar daripada kemelut ekonomi lebih awal.

“Kerajaan Negeri melihat ke hadapan krisis ekonomi yang bakal berlaku. Sebab itu kita membantu golongan bawahan meningkatkan hasil pendapatan.

“Kita tidak membantu hutang syarikat besar sebab kita fikir golongan dibawah yang memerlukan RM5,000, RM10,000 perlu dibantu mengembangkan perniagaan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.

“Hasilnya ekonomi berkembang lebih baik,” katanya di Auditorium Kolej Antarabangsa Inpens, Kuala Selangor.

Katanya, kesan kejatuhan nilai Ringgit turut dirasakan peniaga apabila berhadapan penyusutan jumlah keuntungan ekoran pembeli lebih berhati-hati berbelanja ditambah dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Jelas beliau, Program Hijrah Selangor diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan peruntukan RM100 juta bagi 2015 setakat ini berjaya membantu lebih 10,000 peminjam.

Sejurus selesai menyampaikan ucaptama, Amirudin yang mewakili Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyerahkan sumbangan Program Hijrah Selangor Fasa 5 peringkat Kuala Selangor-Tanjong Karang berjumlah RM1.457 juta kepada 331 peserta.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.