Oleh: LIZAWATI MADFA
DIKENALI sebagai Dato’ Menteri Besar yang selalu ‘hands on’, Mohamed Azmin Ali diakui terbawa-bawa karakter itu ke setiap persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS).
Speaker DNS, Hannah Yeoh berkata Adun Bukit Antarabangsa itu sentiasa meminta pihak berkenaan menyemak sama ada soalan dibangkitkan wakil rakyat sudah dijawab atau belum.
“Perkara ini sangat bagus kepada Adun kerana mereka boleh berinteraksi dan mendapat maklum balas secara terus dari Dato’ Menteri Besar.
“Selain itu, beliau juga melihat sendiri jawapan yang sudah disediakan agensi. Saya nampak jawapan atas mejanya dan beliau akan mengkaji semua soalan sebelum bangun menjawab,” katanya.
Hannah berkata, Mohamed Azmin juga bijak menggunakan pengalamannya sebagai wakil rakyat untuk lebih memahami kehendak dan keperluan Adun lain.
“Saya rasa Setiausaha Politiknya turut memberi ‘plus point’ kepada kepada Dato’ Menteri Besar yang memudahkannya lebih memahami masalah Adun.
“Beliau juga muda dan dinamik sesuai dengan imej negeri moden dan mempunyai golongan muda yang ramai,” katanya.