Categories
SELANGOR

1MDB: Penjenayah perlu didakwa walaupun BNM batalkan projek

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KLANG, 11 OKT: Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) membatalkan tiga kebenaran pelaburan luar negara bernilai AS$1.8 bilion (kira-kira RM7.5 bilion) terhadap 1MDB dianggap sebahagian usaha menyelamatkan negara daripada mengalami kerugian lebih besar.

Bagaimanapun Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata langkah pembatalan kebenaran pelaburan di bawah Akta Kawalan Pertukaran 1953 (ECA) itu patut disusuli tindakan di mahkamah oleh Peguam Negara.

“Saya kira yang penting rakyat ingin dapat penjelasan penuh apa yang berlaku dalam 1MDB dan daripada maklumat awal BNM juga mencadangkan supaya penjenayah itu didakwa tetapi malangnya Peguam Negara tidak berhasrat meneruskan pendakwaan.

1MDB“Ketika ini ada desakan supaya Peguam Negara menjelaskan kenapa kertas siasatan tidak diteruskan dengan pendakwaan kerana melibatkan jumlah wang begitu besar yang boleh merosakkan ekonomi negara. Itu yang perlu diberi perhatian.

“Tiga projek dibatalkan itu mungkin sebahagian usaha menyelamatkan keadaan sekarang tetapi punca keruntuhan ekonomi itu harus ditumpu dan diambil tindakan terhadap penjenayah terlibat,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jualan dan Perasmian Taman Perindustrian Hijau Pulau Indah Fasa 3C Dan Pulau Indah Food Station di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, di sini, semalam.

Bank-Negara-MalaysiaTerdahulu, Timbalan Peguam Cara Negara 1, Datuk Abd Majid Hamzah memutuskan tindakan lanjut tidak perlu diambil disebabkan tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh 1MDB.

Bagaimanapun, BNM memohon supaya keputusan itu disemak semula tetapi Jabatan Peguam Negara memutuskan mengekalkan keputusannya kerana tidak ada bukti baru yang telah diberikan.

BNM dalam kenyataannya semalam berkata, di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan pendakwaan jenayah terletak sepenuhnya kepada Peguam Negara.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.