Categories
SELANGOR

286 kenderaan terbiar dikena tindakan elak biak aedes

Oleh: SYASYA SUFIAN

PETALING, 29 OKT: Sebanyak 286 kenderaan terbiar diambil tindakan pengalihan dengan 88 kenderaan dilupuskan dalam ‘Operasi Kenderaan Buruk’ mengikut prosedur ditetapkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sehingga Oktober.

Datuk Bandar MBPJ, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata kereta buruk itu menjadi antara punca pembiakan nyamuk aedes akibat terbiar lama di kawasan pentadbiran itu

MBPJ“Operasi dijalankan tertumpu di beberapa lokasi hot-spot dikenal pasti.

“Kita juga dapat mengatasi masalah halangan tempat letak kenderaan yang berkurang akibat kereta terbiar ini bagi keselesaan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu Mesyuarat Majlis MBPJ Bil 10/2015, di sini.

Katanya, ia dijalankan secara bersepadu oleh Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Persekitaran.

“MBPJ menerima 425 aduan berhubung isu itu sejak direkodkan pada 2014.

“Tindakan diambil selaras peruntukan undang-undang Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 33) dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKta 171),” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.